Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan antara Crystal Palace menentang Manchester City yang berkesudahan dengan keputusan 2-4.
Tuan rumah, Crystal Palace membuka jaringan pertama menerusi Jean-Phillipe Mateta yang berjaya melakukan rembatan deras menewaskan penjaga gol Man City, Stefan Ortega seawal tiga minit permainan.
Pada minit ke-13 permainan, Manchester City tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi Kevin De Bruyne dengan rembatan deras dalam kotak.
Seawal tiga minit permainan separuh masa kedua, pemain muda The Citizens, Rico Lewis menjaringkan gol kedua pasukan selepas tenang melakukan rembatan dalam pergelutan bola di dalam kotak penalti lawan.
Pada minit ke-66 permainan, penyerang berbisa Man city, Erling Haaland menggandakan jaringan ketiga buat pasukan selepas mudah menyempurnakan hantaran lintang Kevin De Bryune.
Ketua pasukan Manchester City, Kevin De Bryune mencatat jaringan kedua buat pasukan sekaligus menghadiahkan gol keempat pada minit ke-70 permainan.
Pada minit ke-86, Crystal Palace cuba merapatkan kedudukan apabila berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Odsonne Edouard.
Tujuh minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Crystal Palace 2-4 Manchester City.
Manchester City kini melonjak semula di tangga kedua Liga dengan 70 mata berkongsi mata bersama Liverpool yang merupakan pendahulu liga ketika ini.
Selepas ini, The Citizens bakal beraksi bertemu Luton Town manakala Crystal Palace akan berjumpa dengan Liverpool bagi aksi saingan EPL seterusnya.