Saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan Manchester City menentang Wolves yang berkesudahan dengan keputusan 2-1.
Jaringan yang dihasilkan Wolves daripada Hwang Hee-Chan dan Manchester City, Julian Alvarez dan Ruben Dias (mencatat jaringan ke gawang sendiri).
Separuh masa pertama hanya berkesudahan dengan Wolves 1-0 Manchester City. Rembatan Pedro Neto terbias ke kaki Ruben Dias.
Separuh masa kedua, penguasaan permainan dilihat kelebihan kepada Man City. Pada minit ke-58, Julian Alvarez menyamakan kedudukan menerusi sepakan sudut menewaskan penjaga gol.
Selang beberapa minit sahaja, Wolves tidak mudah mengalah di laman sendiri, Hwang Hee-chan berjaya menjaringkan gol kedua buat Wolves.
The Citizen akhirnya tewas selepas 6 perlawanan tanpa kalah dan kini mengumpul 18 mata hanya membezakan satu mata dengan pasukan no 2 liga, Arsenal.
Wolves pula kini naik ke tangga 13 dalam liga dengan mengumpul 7 mata. Selepas ini, Wolves akan bertembung Aston Villa dan The Citizen bakal hadapi Arsenal.