Advertisements
EPL: Manchester United Bangkit Baham Brentford
EPL
MakanBola
Manchester United

Manchester United hampir sahaja dikalahkan Brentford di Old Trafford namun kebangkitan minit akhir telah melegakan para penyokong United

United tampil dengan gandingan Harry Maguire dan Jonny Evans dibahagian pertahanan tengah manakala Mason Mount kembali memperkasa pasukan setelah pulih dari kecederaan.

Brentford pula tampil dengan formasi 3-5-2 dengan gandingan Y. Wissa dan B. Mbeumo dibahagian serangan pasukan.

United berjaya mengawal perlawanan untuk babak pertama namun tiada serangan berbahaya yang dapat dijelmakan ke atas Brentford.

Mathias Jensen kemudian mengejutkan Stadium Old Trafford pada minit ke-26 menerusi hantaran Wissa setelah Casemiro gagal melakukan hantaran dengan baik.

United menggandakan asakan namun gagal meraih hasil sehingga tamat aksi separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Ten Hag menukarkan Casemiro yang bergelut dalam perlawanan ini dengan Christian Eriksen.

Scott McTominay berjaya menyamakan kedudukan buat United apabila menjaringkan gol pada minit ke-93.

McTominay sekali lagi muncul wira United apabila menjaringkan gol kemenangan hasil hantaran Harry Maguire sekali gus memberi 3 mata berharga.

United memegang penguasaan bola dengan 64% dan juga mempunyai percubaan sebanyak 21 kali dalam perlawanan ini.

Tamat perlawanan, Manchester United bangkit tewaskan Brentford 2-1 di laman sendiri.