EPL: Manchester United Lemau Raya Ke-5, Diikat Bournemouth
EPL
Manchester United
Advertisements

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan diantara Bournemouth menentang Manchester United yang berakhir dengan keputusan 2-2.

Perlawanan bermula rancak apabila kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan, dalam perlawanan saingan pertama sebelum ini The Red Devils tewas ke atas Bournemouth. 

Pada minit ke-16 permainan, peledak utama Bournemouth, Dominic Solanke membuka jaringan pertama pasukan dengan rembatan deras luar kotak menewaskan penjaga gol Man Utd, Andre Onana.

Advertisements

Kapten Man Utd, Bruno Fernandes kembali mencatat jaringan peribadi yang ketujuh apabila beliau berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-31 permainan. 

Selang lima minit permainan selepas itu, Bournemouth kembali di depan menerusi jaringan daripada Justin Kluivertz.

Separuh masa pertama berakhir dengan Bournemouth di hadapan dengan jaringan 2-1 Man Utd.

Advertisements

Pada minit ke-65 permainan, Bruno Fernandes sekali lagi menjadi wira pasukan apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan sudut penalti selepas bola terkena tangan pertahanan Bournemouth, Smith.

Enam minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. The Red Devils kekal di tangga ke-7 dan Bournemouth di tangga ke-12 Liga.

Selepas ini, Manchester United bakal beraksi di separuh akhir bagi saingan Piala FA sementara Bournemouth bakal meneruskan saingan Liga menentang Aston Villa pada 21 April ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram