EPL: Manchester United Pamer Karakter Sebenar, Bangkit Atasi Aston Villa
EPL
Manchester United
Advertisements

Manchester United mencatatkan kemenangan dramatik di laman sendiri ketika turun menentang Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Aksi longlai di awal babak pertama menyaksikan Manchester United terus dihukum jentera serangan Aston Villa menerusi jaringan pemain tengah, John McGinn pada minit ke-21.

Lima minit berselang, pasukan pelawat terus menggandakan jaringan hasil penyudah Leandro Dendocker untuk menjadikan kedudukan 0-2 kekal sehingga tamat babak pertama.

Advertisements

Separuh masa pertama berakhir, Manchester United 0-2 Aston Villa.

Kembali dari rehat, The Red Devils terus meningkatkan tempo permainan dah berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Alejandro Garnacho namun jaringan tersebut dibatalkan VAR.

Tidak cepat mengalah, Alenjandro Garnacho akhirnya berjaya menembus kekecewaan dengan menjaringkan gol pertama pasukan tuan rumah pada minit ke-59.

Advertisements

Pemain muda Argentina itu terus menjadi duri dalam daging apabila berjaya menewaskan penjaga gawang Aston Villa, Emiliano Martinez buat kali kedua untuk mengikat kedudukan 2-2.

Kebangkitan dramatik disempurnakan penyerang yang dibeli pada musim panas lalu, Rasmus Hojlund yang meledak jaringan pertama beliau bersama The Red Devils lapan minit sebelum permainan tamat.

Keputusan Manchester United 3-2 Aston Villa kekal sehingga tamat permainan.

Advertisements

Aksi seterusnya menyaksikan anak-anak buah Erik Ten Hag akan berkunjung ke laman Nottingham Forest manakala Aston Villa akan berdepan pasukan bawahan liga, Burnley.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram