EPL: Manchester United Semakin Dungu Tewas Kepada Everton
MakanBola
Sky Sports
Sponsors

Manchester United meneruskan tradisi hambarnya dalam kempen Liga Perdana Inggeris setelah tewas 1-0 kepada pasukan yang bergelut di tangga bawah liga, Everton di Goodison Park.

Walaupun United menyerang habis-habisan seawal minit pertama perlawanan, Everton akhirnya berjaya mendapatkan jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-27 menerusi sepakan pemain muda Everton, Anthony Gordon.

Ad
Sponsors

Bola sepakan Gordon terkena lengan Harry Maguire sekaligus mengelirukan David de Gea yang sudahpun membuat terbangan untuk menyelamatkan gawang manchester United.

Ad

Kekalahan United kepada Everton merupakan kekalahan ke-9 United musim ini sekaligus bergelut untuk kekal di Liga Juara-juara UEFA musim hadapan.

Manchester United kini berada di tangga ke-7 Liga Perdana di belakang West Ham dan Arsenal sekaligus menyukarkan hasrat gergasi England tersebut untuk kekal di Liga Juara-juara UEFA.

Ad

Manchester United bakal bertemu Norwich City 16 April ini di Old Trafford dan dijangka kekal bergelut dengan krisis kecederaan beberapa pemain utama.

Ad