EPL: Jaringan Minit Akhir Masuaku Hadiahkan West Ham 3 Mata Tewaskan Chelsea
EPL
Stadium Astro
Advertisements

Chelsea terpaksa menelan pahitnya sesudu madu selepas tewas kepada musuh utama London, West ham di Stadium London.

Chelsea bermula baik menerusi gol awal hasil tandukan Thiago Silva pada minit ke-28.

Manuel Lanzini berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-40 menerusi sepakan penalti selepas penjaga gawang Chelsea, Mendy dikesan mengasari pemain West Ham dalam kotak penalti.

Advertisements

Mason Mount pantas memberikan kelebihan sekali lagi buat pasukan pelawat dengan jaringan cantiknya pada minit ke-44 menjadikan kedudukan West Ham 1-2 Chelsea.

Bersambung separuh masa ke-2, West Ham meningkatkan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-56 menerusi jaringan Jarrod Bowen.

Arthur Masuaku menjadi wira buat pasukan West Ham selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87 di hadapan hampir 70,000 penyokongnya menerusi sepakan mengelirukan menewaskan Mendy sekaligus memberikan kemenangan ke-8 musim ini buat David Moyes.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram