Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan antara Liverpool menentang Brentford yang berkesudahan dengan keputusan 4-1.
Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.
Selepas sentengah jam berlangsung, penyerang Uruguay, Darwin Nunez membuka jaringan pertama pasukan selepas berjaya menewaskan penjaga gol Brentford, Mark Flekken dengan ‘cip’ yang menarik.
Seminit sebelum tamat separuh masa pertama, pemain sayap Liverpool, Diego Jota terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan pemain yang baharu sahaja baik dari kecederaan iaitu Mohamed Salah.
Separuh masa bermula dengan baik buat pasukan pelawat, perancang tengah Argentina, Mac Allister menjaringkan gol debutnya bersama Liverpool selepas menerima lorongan bijak dari Mohamed Salah pada minit ke-55 permainan.
Setelah lama berehat, Mohamed Salah tidak beri masalah buatnya untuk menggandakan jaringan ketiga buat Liverpool menerusi larian pantas dengan mengelirukan pertahanan lawan seterusnya melakukan rembatan ke arah gawang gol.
Pada minit ke-74 permainan, Brenford berjaya mendaptatkam gol tunggal menerusi penyerang berbisa Ivan Toney.
Liverpool kembali garang, Cody Gakpo mencatat nama sebagai penjaring ke-4 pasukan dengan sepakan deras luar kotak penalti pada minit ke-86 permainan.
Tujuh minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Mo Salah kembali menyengat dengan mencatatkan 1 jaringan dan 1 bantuan jaringan dalam masa 55 minit sahaja beraksi.
The Reds kembali ke persada liga dengan 57 mata membezakan dua perlawanan berbanding Manchester City.