EPL: Mohamed Salah Pacu Liverpool Tewaskan Everton
EPL
Premier League
Advertisements

Liverpool terpaksa bekerja keras sebelum berjaya mengalahkan Everton 2-0 dalam aksi terbaru EPL hari ini.

The Reds berharap kemenangan hari ini dapat merapatkan jurang mereka dengan dua jiran utara London, Tottenham Hotspur dan Arsenal yang menduduki kedudukan dua teratas liga.

Sementara Everton pula berharap dapat mencuri satu mata di Anfield dan melebarkan kelebihan mata dengan kelompok tercorot EPL.

Advertisements

Seawal minit pertama, The Toffees menguji kecekapan Alisson menerusi Dominic Calvert-Lewin tetapi tandukannya mudah ditangkap penjaga gol Brazil itu.

12 minit kemudian, Luis Diaz pula mencuba menembusi gawang pelawat tetapi terjahan Ashley Young memastikan percubaan beliau tidak mengenai sasaran.

Bekas pemain Manchester United itu kemudiannya ditimpa malang apabila mengutip kad kuning kedua pada minit ke-37.

Advertisements

Kad merah tersebut merupakan kad merah ketiga yang diterima Young dalam EPL dengan kad merah pertama diterimanya ialah pada 2 April 2019. Keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, jurulatih The Reds, Jurgen Klopp mengarahkan anak-anak buahnya menggandakan serangan ke atas gawang The Toffees.

Malangnya, bahagian pertahanan Everton diketuai James Tarkowski kental menyerap asakan tuan rumah.

Advertisements

Namun begitu, tuah memihak kepada Liverpool apabila bola hantaran mereka terkena tangan Michael Keane.

Selepas memeriksa insiden tersebut di skrin VAR, pengadil tidak teragak-agak menganugerahkan sepakan penalti kepada tuan rumah.

Penyerang berbisa Mesir, Mohamed Salah mudah menyempurnakan penalti menewaskan Jordan Pickford pada minit ke-75. Itu merupakan gol EPL ke-200 yang dijaringkan beliau.

Advertisements

Liverpool terus mengasak dan berjaya menambah gol kedua menerusi Salah pada minit akhir perlawanan.

Keputusan 2-0 ini membolehkan The Reds merampas kedudukan teratas liga daripada Tottenham Hotspur buat sementara waktu.

Manakala Everton pula jatuh ke tangga ke-16 dengan tujuh mata. Selepas ini, The Toffees menentang West Ham pada 29 Oktober.

Manakala Liverpool pula berdepan Nottingham Forest pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram