EPL: Newcastle ‘Ajar’ Manchester United
MakanBola
Manchester United FC
Sponsors

Kesilapan mudah oleh para pemain Manchester United telah dihukum dengan kekalahan besar kepada Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pertemuan ini penting buat Manchester United untuk kembali kembali ke landasan kemenangan tatkala pasukan Newcastle kini berada di tahap terbaik dengan 4 kemenangan berturut-turut.

Ad

Altay Bayindir diberi peluang melakukan penampilan pertama di pentas EPL bersama Manchester United dengan ketiadaan Andre Onana sementara Newcastle turun diketuai oleh Bruno Guimaraes.

Ad

Tuan rumah berhasil mencetak gol pendahuluan pada minit ke-24 menerusi rembatan kaki kanan oleh tonggak tengah, Sandro Tonali yang membuatkan Bayindir terkaku di depan gawang.

Ad

Tidak lama selepas itu, Alejandro Garnacho menjaringkan gol penyamaan buat pasukan Manchester United hasil serangan balas pantas yang dimulakan oleh Diogo Dalot pada minit ke-37.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Newcastle United 1-1 Manchester United.

Ad

Empat minit bersambung babak kedua, pintu gol United yang dikawal oleh Bayindir bolos buat kali kedua menerusi gerakan yang disudahkan oleh Harvey Barnes bagi menceriakan kem tuan rumah.

Tidak cukup dengan itu, Harvey Barnes sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring gol ke-3 Newcastle apabila tenang menghukum kealpaan Noussier Mazraoui yang hilang bola di kawasan tengah.

Di minit ke-77, giliran Altay Bayindir pula membuat kesilapan apabila bola sepakan beliau dipintas oleh Joelinton sebelum Bruno Guimaraes dengan mudah menolak bola ke pintu gol United.

Aksi di St James Park berakhir dengan keputusan 4-1 memihak Newcastle United.

Selepas ini, Newcastle akan berdepan Crystal Palace dalam aksi liga di laman sendiri manakala Manchester United akan menentang Lyon di Old Trafford dalam pusingan suku akhir UEL.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments