EPL: Newcastle ‘Bersahurkan’ Manchester United Di St. James Park
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Newcastle hampakan Manchester United yang bergelut sepanjang perlawanan dengan kemenangan bergaya 2-0 di St. James Park.

Separuh masa pertama ternyata milik tuan rumah yang bertali arus melakukan serangan dan beberapa kali hampir membolisi gawang Manchester United namun tiada sebarang jaringan berjaya dijaringkan kedua-dua pasukan.

Ad

Bersambung babak ke-2, Newcastle mempertingkat corak serangan dan beberapa kali hampir menjaringkan gol menerusi serangan-serangan berbahaya.

Newcastle menggembirakan hampir 50,000 penyokong tuan rumah pada minit ke-65 menerusi tandukan cantik Joe Willock yang gagal dikawal rapi pertahanan Man Utd menjadikan kedudukan 1-0 memihak tuan rumah.

Ad

Newcastle sekali lagi mengecewakan Manchester United menerusi jaringan ke-2 hasil tandukan Wilson pada minit ke-88.

Ad

Manchester United yang dilihat tenggelam sepanjang perlawanan cuba mencari gol namun gagal melepasi kubu kebal Newcastle.

Ad

Perlawanan berakhir dengan Newcastle menang 2-0 atasi Manchester United di St. James Park.

Kemenangan Newcastle ini turut meletakkan The Magpies di tangga ke-3 Liga Perdana Inggeris memintas Manchester United yang jatuh ke tangga ke-4 liga.

Manchester United bakal melayani kunjungan Brentford Khamis ini di Old Trafford manakala Newcastle bakal bertandang ke London bertemu West Ham.