Aksi saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan Manchester City meneruskan rekod tanpa kalah selepas diikat Newcastle United dengan keputusan 1-1.
Skuad kendalian Eddie Howe pastinya memburu kemenangan di laman sendiri selepas tewas bertemu Fulham minggu lepas. Sementara, Man City mahu mengekalkan rekod terbaik mereka.
Pertahanan Man City, Josko Gvardiol membuka jaringan pertama pasukan selepas tiga puluh aksi berlangsung.
Separuh masa pertama dilihat Newcastle United gagal menembus gawang gol pasukan pelawat. Hanya satu percubaan tepat berjaya dihasilkan menerusi Joelinton, namun berjaya di tepis keluar oleh Ederson.
Separuh masa kedua bermula, Newcastle United berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti daripada Anthony Gordon selepas dijatuhkan oleh penjaga gol Man City, Ederson.
Tujuh minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, masing-masing perolehi satu mata bagi perlawanan keenam saingan EPL.
Selepas ini, The Citizens akan berdepan Fulham dan Newcastle United bertemu Everton bagi aksi perlawanan seterusnya bagi saingan EPL.