Ads
EPL
Manchester United

Kelab gergasi EPL, Man Utd mempamerkan prestasi terburuk mereka musim ini apabila tunduk 1-0 kepada Newcastle United di St. James Park.

Advertisements

Kedua-dua pasukan berharap dapat bangkit semula selepas masing-masing meraih keputusan seri dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara UEFA (UCL) minggu ini.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan tuan rumah mendominasi perlawanan berdasarkan statistik Sofascore. Sofascore merekodkan 14 percubaan The Magpies berbanding United (dua).

Advertisements

Advertisements

Bagaimanapun, ketumpulan jentera serangan tuan rumah memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, Newcastle terus meningkatkan tekanan ke atas pelawat yang terus bergelut dengan prestasi buruk.

Advertisements

Hasilnya, Anthony Gordon menyudahkan hantaran Kieran Trippier untuk meletakkan The Magpies di hadapan pada minit ke-55.

Gol tersebut merupakan gol keenam beliau bersama Newcastle musim ini dalam 13 perlawanan.

Tersentak, The Red Devils cuba bangkit tetapi tidak merekodkan sebarang percubaan tepat ke arah gol dalam babak kedua.

Itu sudah cukup untuk tuan rumah meraih kemenangan pada akhir perlawanan. Ini merupakan kemenangan ketiga The Magpies ke atas The Red Devils dalam tempoh 101 tahun.

Kemenangan ini melonjakkan Newcastle ke tangga kelima liga dengan 26 mata, dua mata di depan United di tangga ketujuh liga.

Sofascore memilih bek kanan England, Trippier sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.7 mata. Manakala Alejandro Garnacho ialah pemain terbaik United dengan 7.1 mata.

Advertisements

Selepas ini, United berdepan Chelsea di Old Trafford pada awal pagi 8 Disember. Manakala Newcastle pula berdepan Everton pada awal pagi 7 Disember.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram