EPL: Nottingham Forest Pamer Kejutan Malukan Newcastle United
EPL
Newcastle United
Advertisements

Nottingham Forest meraih kemenangan 3-1 ke atas Newcastle United yang beraksi digelanggang sendiri, Stadium St. James’ Park.

Newcastle United terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-23 hasil sepakan penalti Alexander Isak.

VAR menghadiahkan sepakan penalti setelah Ola Aina melakukan kekasaran terhadap Isak didalam kawasan kotak penalti.

Advertisements

Chris Wood kemudian berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat aksi separuh masa pertama setelah mudah menyempurnakan hantaran Anthony Elanga.

Bermula babak kedua, Elanga sekali lagi mencetak bantuan jaringan kepada Chris Wood pada minit ke-53 perlawanan.

Keadaan serba tidak menjadi buat Newcastle apabila membenarkan gol ketiga Nottingham Forest pada minit ke-60.

Advertisements

Chris Wood mencetak nama selaku penjaring ketiga perlawanan sekali gus melakar hatrik dalam perlawanan ini.

Newcastle menguasai bola dalam perlawanan ini namu mereka kerap kali membenarkan Nottingham melancarkan serangan.

Tamat perlawanan, Newcastle United tewas dilaman sendiri terhadap Nottingham Forest dengan jaringan 1-3.

Advertisements

Newcastle kekal ditangga ke-7 liga dan melepaskan peluang untuk berada ditangga ke-6 manakala Nottingham Forest naik ke tangga 16 liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram