EPL: Son Heung-min Muncul Wira Tottenham Tundukkan Luton Town
EPL
Tottenham Hotspur
Advertisements

Tottenham Hotspur bergelut sebelum mengatasi cabaran pasukan corot Liga Perdana Inggeris, Luton Town apabila meraih jaringan minit akhir di Stadium Tottenham Hotspur.

Spurs turun dengan barisan terbaik dibahagian serangan pasukan seperti James Maddison, Timo Werner, Devan Kulusevski dan juga Son Heung-min.

Luton Town pula mempertaruhkan pemain berpengalaman seperti Andres Towsend dan Ross Barkley dalam menghadapi cabaran digelanggang lawan.

Advertisements

Tahith Chong memberi khabar gembira buat Luton Town seawal minit ke-3 perlawanan apabila menjaringkan gol setelah menerima bola hantaran Ross Barkley.

Spurs yang tersentak dengan jaringan itu cuba menggandakan asakan untuk bangkit mengikat Luton Town.

Bersambung babak kedua, jaringan sendiri pemain Luton iaitu I. Kabore pada minit ke-51 membantu Spurs untuk menjadikan kedudukan seri 1-1.

Advertisements

Spurs memiliki beberapa peluang keemasan dan turut mendominasi penguasaan bola dengan 72% namun bergelut untuk membolosi gawang gol Luton Town.

Son Heung-min muncul wira Spurs apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86 menerusi bola hantaran Brennan Johnson.

Tamat perlawanan, Spurs bangkit menewaskan Luton Town 2-1 dan kini Spurs berada ditangga ke-4 liga dengan 56 mata manakala Luton Town jatuh ke tangga ke-18 dengan 22 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram