EPL: Spurs Belasah Aston Villa Tanpa Belas Kasihan
EPL
Tottenham Hotspur
Advertisements

Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan antara Spurs dan Aston Villa yang berkesudahan dengan keputusan 4-0.

Aston Villa turun dengan prestasi cemerlang dengan tiga kemenangan berturut-turut sementara sebelum ini sementara skuad kendalian Ange Postecogluo mahu mencabar kedudukan ke-4 terbaik dengan perbezaan 5 mata ketika ini.

Separuh masa tamat tanpa sebarang jaringan. Penguasaan bola memihak kepada pasukan pelawat, Totthenham Hotspur namun Aston Villa lebih berbahaya apabila berjaya melakukan 5 sepakan ke arah gawang gol berbanding Spurs hanya 1 sepakan.

Advertisements

Pada minit ke-50 permainan, Spurs berjaya membuka jaringan menerusi James Maddison selepas mudah menyempurnakan hantaran lintang Pape Matar Sarr.

Selang tiga minit permainan, skuad kendalian Ange Postecogluo menjarakkan lagi kedudukan jaringan apabila Brennan Johnson menjaringkan gol kedua Spurs selepas kesilapan mudah dibuat oleh pertahanan Aston Villa.

Pada minit ke-65 permainan, ketua pasukan Aston Villa, John McGinn dilayangkan kad merah selepas terjahan keras dilakukan ke atas pemain Spurs.

Advertisements

Ketua pasukan Spurs, Son Heu-ming menggandakan jaringan ketiga buat pasukan sekaligus menutup peluang buat Aston Villa merapatkan kedudukan pada minit ke-90 permainan.

Penyerang Spurs yang baharu sahaja masuk, Timo Werner tidak menunggu lama untuk mencatatkan jaringan ke-4 buat pasukan dengan tapping mudah ke gawang gol selepas menerima lorongan kemas dari Son Heu-ming.

Spurs berjaya merapatkan jumlah mata ke atas Aston Villa dengan perbezaan 2 mata. The Villans kekal di tangga ke-4 dan The Lilywhites di kedudukan yang ke-5 dalam saingan liga Perdana Inggeris.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram