EPL: Tottenham Bangkit Rantai Meriam Arsenal
EPL
Tottenham Hotspur
Advertisements

Aksi hangat derbi utara London menyaksikan Arsenal dan Tottenham Hotspur terikat 2-2 di Stadium Emirates.

The Gunners bermula garang menerusi beberapa gerakan daripada pemain lincah, Bukayo Saka sehinggakan pertahanan Spurs, Christian Romero menjaringkan gol sendiri pada minit ke-26 perlawanan ekoran menghadang percubaan Saka.

Spurs turut meningkatkan keupayaan serangan dan akhirnya berjaya menembusi gawang gol Arsenal menerusi Son Heung-Min hasil hantaran James Maddison pada minit ke-42 perlawanan.

Advertisements

Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri 1-1.

Babak kedua dimulakan dengan beberapa pertukaran daripada Arteta yang memasukkan Jorginho dan Kai Havertz menggantikan Declan Rice dan Fabio Vieira.

Romero sekali lagi menjadi perhatian apabila bola terkena tangannya didalam kawasan kotak penalti hasil tendangan White sekaligus menghadiahkan Arsenal sepakan penalti.

Advertisements

Bukayo Saka kemudian tenang menjaringkan gol penalti pada minit ke-52 permainan untuk meletakkan Arsenal dihadapan.

Spurs kembali melakukan kejutan apabila terus menyamakan kedudukan pada minit ke-55 perlawanan menerusi jaringan Son Heung-Min hasil kesilapan Jorginho.

James Maddison sekali lagi memainkan peranan penting dengan melakukan bantuan jaringan kepada Son untuk gol kedua Spurs.

Advertisements

Perlawanan yang sengit ini menyaksikan Spurs menguasai perlawanan dengan 54% penguasaan bola berbanding Arsenal.

Kedua-dua pasukan mempunyai percubaan yang seimbang apabila Arsenal dan Spurs masing-masing merekodkan 13 percubaan ke arah gol.

Tamat perlawanan, kedua-dua pasukan terikat 2-2 dan masing-masing kini mengumpul 14 mata hasil 4 kemenangan dan 2 seri dalam 6 perlawanan liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram