EPL: Tottenham Cakar Maruah Everton Tanpa Segan Silu
MakanBola
Tottenham Hotspur
Sponsors

Tottenham meraih kemenangan penting ke atas Everton dengan jaringan 2-1 untuk mencuri kedudukan 4 teratas liga.

Richarlison turun sebagai penyerang utama Tottenham manakala Everton pula mempertaruhkan penyerang baka England, Dominic Calvert- Lewin.

Ad

Penyerang Brazil itu tenang menyempurnakan hantaran daripada pemain sayap Brennan Johnson pada minit ke-9 perlawanan.

Ad

Spurs tampil garang pada awal babak permainan menerusi beberapa percubaan berbahaya sekali gus merencatkan percaturan taktikal Everton.

Son Heung-min menambah derita Everton apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-18 setelah mudah merembat masuk bola muntah daripada Jordan Pickford.

Ad

Bagai jatuh ditimpa tangga, jaringan Calvert-Lewin pada awal babak kedua telah dinafikan VAR setelah Andre Gomes melakukan kekasaran terhadap Emerson sebelum gol itu terhasil.

Ad

Andre Gomes kemudian membalas kekecewaan itu apabila menjaringkan gol pertama Everton pada minit ke-82.

Ad

Namun gol tersebut tidak dapat menghalang kemenangan berharga Spurs dalam perlawanan ini.

Tamat perlawanan, Tottenham menundukkan Everton 2-1 untuk melonjak ke tangga ke-4 liga.