EPL: Tottenham Hotspur Benam Cabaran Bournemouth
EPL
Tottenham Hotspur
Advertisements

Kelab utara London, Tottenham Hotspur kembali mendapat rentak kemenangan apabila mengalahkan Bournemouth 3-1 di Stadium Tottenham Hotspur hari ini.

Spurs amat memerlukan kemenangan selepas dibelasah Brighton 4-2 pada pertengahan minggu. Manakala Bournemouth tampak bersemangat selepas mengalahkan Fulham 3-0.

Babak pertama menyaksikan tuan rumah tampil garang sebaik wisel permulaan ditiup. Dan mereka tidak menunggu lama berada di hadapan pada minit kesembilan menerusi Pape Matar Sarr.

Advertisements

Nasib malang menimpa Sarr apabila mengalami kecederaan pada minit ke-32. Selepas dirawat untuk tempoh yang lama, pemain muda Senegal itu kemudiannya digantikan oleh Oliver Skipp.

Kecederaan yang dialami Sarr dibimbangi mengakibatkan beliau terpaksa melupakan cita-cita mewakili Senegal ke Piala Negara-Negara Afrika (ACN) 2023.

Bournemouth cuba mendapatkan gol penyamaan menerusi kombinasi Marcus Tavernier, Justin Kluivert dan Dominic Solanke tetapi gagal. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Totteham menyangka dapat menggandakan kelebihan mereka pada minit ke-52.

Selepas mendapat hantaran Giovani Lo Celso, Son Heung-min membuat hantaran mudah yang cuba disempurnakan Richarlison. Malangnya, percubaan penyerang Brazil itu tidak menepati sasaran.

Kesilapan tuan rumah dalam membuat hantaran mengakibatkan The Cherries kerap mengasak kubu pertahanan mereka.

Advertisements

Dan mereka hampir dihukum pada minit ke-60 menerusi Solanke. Penyokong Spurs kemudiannya menghela nafas lega kerana percubaan beliau terkena bahagian tepi gol.

Gol kedua yang dicari Spurs akhirnya muncul pada minit ke-71 menerusi Heung-min. Gol tersebut merupakan gol ke-12 beliau dalam EPL musim ini.

Ini juga gol terakhir Heung-min bersama Tottenham kerana beliau akan menyertai Korea Selatan untuk Piala Asia 2023.

Advertisements

Richarlison menebus kehampaan awalnya dengan gol ketiga pada minit ke-79. Lima minit kemudian, The Cherries merapatkan jurang menerusi Alex Scott pada minit ke-84.

Pasukan pelawat berusaha mencari gol tambahan tetapi keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sofascore memilih Lo Celso sebagai pemain terbaik perlawanan selepas mendapat 8.2 mata, 0.2 mata di hadapan Heung-min.

Selepas ini, kedua-dua pasukan akan fokus kepada saingan The FA Cup. Spurs bakal menentang Burnley pada awal pagi 6 Januari 2024.

Manakala Bournemouth pula bertandang ke Loftus Road untuk menentang kelab Liga Kejohanan, QPR pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram