Advertising
EPL: Tottenham Hotspur Diikat West Ham United
MakanBola
Tottenham Hotspur
Sponsors

Tottenham Hotspur kecewa tidak dapat menghambat Aston Villa yang menduduki tempat keempat liga selepas diikat West Ham United 1-1 di Stadium London awal pagi ini.

Dengan Spurs hanya dipisahkan tiga mata dengan Villa, pasukan yang dibimbing Ange Postecoglou itu perlu menang ke atas The Hammers untuk terus menghambat pasukan Midlands itu.

Ad

Sementara West Ham yang dibimbing David Moyes pula memerlukan kemenangan selepas gagal menang dalam tiga perlawanan terakhir liga.

Ad

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari gol awal. Spurs terlebih dahulu di hadapan pada minit kelima menerusi Brennan Johnson.

Tersentak, West Ham bangkit memburu gol penyamaan. Hasilnya, Kurt Zouma menceriakan penyokong di Stadium London dengan gol penyamaan pada minit ke-19.

Ad

Barisan serangan pelawat yang diketuai Son Heung-min berusaha mencari gol tambahan sebagai bekalan pada babak kedua.

Ad

Bagaimanapun, barisan pertahanan tuan rumah diketuai Zouma memastikan keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Ad

Bersambung pada babak kedua, Tottenham terus mencorak serangan demi serangan ke atas kubu pertahanan The Hammers.

Malangnya, kubu The Hammers diketuai Zouma dan penjaga gol Poland, Lukasz Fabianski terus bertahan menyerap asakan pelawat.

Postecoglou kemudiannya membuat beberapa pertukaran dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada pelawat mencari gol kemenangan.

Harapan Spurs untuk mendapat gol kedua tidak menjadi kenyataan dengan keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Bek kiri Tottenham, Destiny Udogie dipilih pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore dengan markah 7.6, 0.2 mata di hadapan beberapa pemain lain.

Spurs selepas ini akan menentang Nottingham Forest pada 8 April. Sementara The Hammers pula bakal berdepan Wolverhampton Wanderers di Molineux pada 6 April.