EPL: Tottenham Hotspur Bangkit Ikat Manchester United
EPL
EPL
Advertisements

Manchester United terpaksa akur berkongsi mata bersama Tottenham Hotspurs dalam aksi EPL pada pagi Isnin.

Manchester United hanya memerlukan tiga minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Rasmus Hojlund yang melepaskan rembatan kencang menggunakan kaki kiri.

Spurs tidak berdiam diri dan mula serius mengatur serangan. Hasilnya, penyerang Spurs, Richarlison berjaya menanduk cantik sepakan penjuru Pedro Porro pada minit ke-18.

Advertisements

Lima minit sebelum rehat, penyerang prolifik, Marcus Rashford cemerlang meletakkan The Red Devils sekali lagi di hadapan 2-1 kekal sehingga tamat 45 pertama.

Spurs kembali dari bilik persalinan dengan lebih menyakinkan sekaligus menyamakan kedudukan 2-2 menerusi pemain tengah Uruguay, Rodrigo Bentancur hasil umpanan pemain baharu Spurs, Timo Werner.

Selepas itu, kedua-dua pasukan terus rancak memburu jaringan namun kegagalan menyempurnakan deretan peluang yang terhidang menjadi sebab tiada gol dapat dijelmakan.

Advertisements

Tamat permainan, Manchester United 2-2 Tottenham Hotspurs.

Aksi seterusnya bakal mempertemukan Manchester United dan Wolverhampton Wanderers manakala Tottenham Hotspurs bakal berangkat ke Merseyside untuk berdepan cabaran Everton.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram