EPL: VAR Jalan Terakhir Arsenal Tumpaskan Spurs
EPL
Arsenal
Advertisements

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan diantara Arsenal dan Spurs yang berakhir dengan keputusan 3-2.

Skuad kendali Mikel Arteta turun dengan memburu kemenangan untuk terus kukuh dipuncak lagi, sementara Spurs juga mahukan tiga mata penuh demi memastikan misi layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan. 

Selepas 15 minit permainan, Spurs dibolosi menerusi jaringan sendiri daripada Hojbjerg yang menanduk masuk hantaran lintang daripada Bukayo Saka.

Advertisements

Pada minit ke-22 permainan, jaringan daripada pertahanan Spurs, Micky Van de Ven dibatalkan oleh Video Assistant Referee (VAR). 

Pemain harapan Arsenal, Bukayo Saka menggandakan jaringan kedua pasukan dengan mudah selepas menerima hantaran kemas daripada Kai Havertz pada minit ke-27 permainan. 

Advertisements

Arsenal terus menghukum Spurs, Kai Havertz menjaringkan gol ketiga pasukan menerusi tandukan deras menewaskan penjaga gol selepas 10 minit permainan.

Separuh masa pertama tamat Arsenal 3-0 Spurs.

Advertisements

Pada minit ke-64 permainan, pertahanan Spurs, Christian Romero menghadiahkan gol pertama pasukan selepas kesilapan daripada penjaga gol Arsenal, David Raya.

Kapten Spurs, Son Heu-ming terus merapatkan kedudukan apabila mudah menyempurnakan sepakan sudut penalti selepas Davies dikasari pada minit ke-87 permainan.

Advertisements

6 minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Spurs gagal raih tiga mata di laman sendiri.

Selepas ini, Arsenal akan bertemu Bournemouth pada 4 Mei dan Spurs pada bakal bertandang ke Stamford Bridge hadapi Chelsea pada 3 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram