EPL: VAR Padam Sejarah Cantik Tottenham Hotspur, Seri Dengan Southampton
Dunia
Stadium Astro
Advertisements

Selepas tamat perlawanan semalam, Harry Kane pasti tertanya-tanya mengapa pembantu pengadil video (VAR) membatalkan dua gol Tottenham Hotspur pada separuh masa kedua sebagai ofsaid. Tetapi bagi Southampton yang dibimbing Ralph Hassenhuttl, itu semua tidak penting. Ini kerana mereka berjaya pulang dengan satu mata walaupun dipaksa bermain dengan 10 orang. Ini selepas Mohammed Salisu dikenakan kad merah oleh pengadil Anthony Taylor.

Southampton terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan cantik kapten James Ward-Prowse pada minit ke-25. Bagaimanapun, Spurs berjaya menyamakan kedudukan sebelum rehat separuh masa hasil sepakan penalti Kane. Ini selepas pemain sayap Korea Selatan Son Heung-min diterjah keras oleh Salisu dalam kotak penalti.

Dengan Saints bermain dengan 10 orang pemain, ramai peminat bimbang ia akan menjadi pencetus satu lagi kekalahan besar Southampton. Tetapi itu tidak berlaku dengan pemain-pemain Saints mengekalkan disiplin walaupun diasak Spurs. Dan sedikit ‘bantuan’ nasib menerusi beberapa keputusan kontroversi Taylor dan VAR.

Advertisements

Pertama, gol Kane di separuh masa kedua dibatalkan atas sebab ofsaid walaupun semakan VAR mendapati ia sukar ditentukan. Kane terus menggigit jari apabila jaringan ketiganya juga tidak dikira oleh Taylor. Keputusan tersebut dibuat selepas Fraser Forster dikatakan dikasari bek kanan Tottenham, Matt Doherty. Bagaimanapun, ulang tayang menunjukkan perkara itu tidak berlaku seperti didakwa.

Spurs terus mendominasi babak kedua tetapi semua cubaan gol mereka tidak berhasil sehingga tamat perlawanan. Dan ini sesuatu yang mengecewakan jurulatih Spurs, Antonio Conte. Walaupun beliau enggan menyentuh keputusan kontroversi VAR, bekas jurulatih Inter Milan itu sedar Spurs terlalu tumpul di bahagian serangan. Ketumpulan bahagian serangan membolehkan Southampton menyerap asakan sehingga tamat perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram