Jurulatih Jepun, Masatada Ishii mula membentuk pasukan Thailand menjelang saingan Piala Asia 2023 yang berlangsung pada tahun hadapan.
Hari ini, Persatuan Bola Sepak Thailand mengumumkan senarai 23 pemain yang dipanggil untuk aksi persahabatan menentang Jepun pada 1 Januari ini.
Dua pemain Buriram United, Siwarak Tedsungnoen dan Theerathon Bunmathan dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri di bawah bimbingan Ishii.
Ini kerana kedua-duanya merupakan sebahagian pasukan Buriram yang meraih kejayaan treble dua musim berturut-turut iaitu musim 2021-2022 dan 2022-2023.
Beberapa tonggak senior terus mendapat kepercayaan Ishii dalam pasukan kebangsaan seperti Sarach Yooyen, Elias Dolah dan Teerasil Dangda
Ishii turut membuat kejutan dengan tidak memanggil beberapa tonggak seperti Chanathip Songkrasin, Jonathan Khemdee dan Supachai Chaided.
Berikut senarai 23 pemain yang dipanggil Ishii untuk aksi persahabatan menentang Jepun
Penjaga gol:
Siwarak Tedsungnoen (Buriram United)
Patiwat Khammai (Bangkok United
Pertahanan:
Theerathon Bunmathan (Buriram United)
Jakkapan Praisuwan (BG Pathum United)
Santiphap Channgom (BG Pathum United)
Suphan Thongsong (Bangkok United)
Elias Dolah (Bali United)
Nicholas Mickelson (OB)
Tengah:
Kritsada Kaman (Chonburi)
Sarach Yooyen (BG Pathum United)
Phitiwat Sukjitthamakul (BG Pathum United)
Rungrath Poomchantuek (Bangkok United)
Pokklawa Anan (Bangkok United)
Picha Autra (Muangthong United)
Weerathep Pomphan (Muangthong United)
Bordin Phala (Port)
Pathompol Charoenrattanapirom (Port)
Ekanit Panya (Urawa Red Diamonds)
Supachok Sarachat (Consadole Sapporo)
Penyerang:
Teerasil Dangda (BG Pathum United)
Teerasak Poeiphimai (Port)
Suphanat Mueanta (OHL)
Thailand bakal berdepan Jepun di Stadium Nasional Tokyo pada 1 Januari 2024. Perlawanan ini merupakan sebahagian persiapan kedua-dua pasukan mendepani Piala Asia 2023.