Erick Thohir: Indonesia Rindu Mahu Lawan Malaysia
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Presiden Persatuan Sepakbola Indonesia (PSSI), Erick Thohir, meluahkan hasrat untuk melihat Sang Garuda turun beraksi menentang Malaysia pada September nanti.

Ketika ini, pasukan kebangsaan Indonesia di bawah kendalian Patrick Kluivert sedang bersaing di pusingan ke-3 Kelayakan Piala Dunia dan masih miliki peluang untuk layak ke peringkat seterusnya.

Ad
Sponsors

Jika layak, pusingan kelayakan seterusnya bakal diadakan pada bulan Oktober sekaligus membuatkan Erick Thohir mahu persiapan rapi buat Sang Garuda hadapi lawan lebih kuat.

Ad

Menurut Erick, Malaysia kini termasuk dalam senarai pasukan yang dipertimbangkan untuk mengisi salah satu slot aksi persahabatan antarabangsa skuad Garuda, selain pasukan dari Timur Tengah.

“Satu atau dua slot (aksi persahabatan) mungkin untuk negara Timur Tengah. Tapi satu slot lagi, kita lihat pada Malaysia yang sedang memperkemas diri, kata Erick Thohir.

Ad

“Kita juga lihat mereka (Malaysia) telah menukar jurulatih dan ada ramai pemain baharu, jadi kita pun mahu mencuba juga,” tambah beliau menurut laporan CNN Indonesia.

Ad

Katanya lagi, sudah lama tiada pertemuan antara kedua-dua negara serumpun ini dan mempelawa skuad Harimau Malaya untuk bermain dalam satu aksi persahabatan bagi menguji kekuatan pasukan.

Ad

Erick turut menegaskan bahawa semuanya bergantung kepada persetujuan pihak Malaysia, namun pintu sentiasa terbuka sekiranya peluang itu tiba pada masa hadapan.

“Rasanya kita pun sudah rindu nak lawan Malaysia, dah agak lama. Jadi, sebagai uji kekuatan bersama, sekiranya Malaysia bersetuju,”

“Kalau tidak pun tak mengapa, mungkin lain kali,” ujar Erick.

Kali terakhir Malaysia dan Indonesia bertemu adalah pada aksi Piala AFF Suzuki Cup 2021 yang menyaksikan Sang Garuda di bawah kendalian Shin Tae-yong menang dengan keputusan 4-1.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments