Erick Thohir Jemput Tunku Ismail Melabur Di Indonesia
MakanBola
Erick Thohir/DYAM Tunku Ismail

Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir menjemput DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk membuat pelaburan di Indonesia.

Jemputan ini dibuat Erick apabila diminta mengulas komen baginda tentang beliau oleh media baru-baru ini.

Ad
Advertisement

Sebelum ini, Tunku Ismail berpandangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memerlukan figura seperti Erick untuk membawa bola sepak negara ke hadapan.

Ad

Ini kerana Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) itu bukan saja memiliki wang dan semangat untuk membangunkan bola sepak Indonesia. Malah, Erick turut memanfaatkan pengetahuan dan kenalan dalam dunia bola sepak untuk membantu Tim Garuda kembali disegani.

Advertisement

“Contoh, Erick Thohir ada duit, pengetahuan, kenalan antarabangsa dan semangat. Itu pasal bola sepak Indonesia maju dalam projek infrastruktur bola, liga dan pasukan kebangsaan mereka,” katanya.

Apabila diminta mengulas komen baginda, Erick menghargai komen tersebut. Dan sebagai tanda penghargaan, figura berusia 54 tahun itu menjemput Tunku Ismail untuk membuat pelaburan di negara itu.

Ad
Advertisement

Ini kerana Erick melihat keupayaan Tunku Ismail sudah terbukti menerusi kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat antarabangsa terutama saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Ad

Atas sebab itu, input yang diberi baginda mampu membantu liga bola sepak Indonesia menjadi sebuah liga yang dihormati dan profesional.

Advertisement

“Tentu itu pendapat dari luar negeri. Cuma kalau (Tunku Ismail) dari Johor ingin melabur dalam (arena) bola sepak di Indonesia, kami mengalu-alukannya. Kerana Liga 1, Liga 2, akan dijadikan liga yang sangat profesional.

“Jadi, tadi misalnya pangeran dari Johor mahu melabur di Indonesia, kami mengalu-alukannya supaya bola sepak kita juga makin tinggi dengan ada pelaburan dari pelbagai negara,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Advertisement

PSSI kini sibuk membantu jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong mempersiapkan Tim Garuda untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Indonesia berharap dapat memanfaatkan kelebihan beraksi di Gelora Bung Karno bila menentang Jepun pada 15 November dan Arab Saudi pada 19 November.

Advertisement