Advertising
Erick Thohir Nasihatkan Shin Tae-yong
MakanBola
PSSI

Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir mengingatkan Shin Tae-yong agar berhenti mengeluh tentang ASEAN Championship 2024.

Sebelum ini, jurulatih Korea Selatan itu mahu jadual kejohanan dirombak semula dengan semua aksi kumpulan diadakan di satu negara. Setelah itu, aksi separuh akhir dan final diadakan mengikut format home dan away.

Ad

Ini kerana Tae-yong merasakan kepadatan jadual perlawanan ASEAN Championship dilihat memberi kesan kepada tahap kecergasan anak buahnya.

Ad

Walau bagaimanapun, Erick berpandangan jurulatih Indonesia itu patut kekal fokus terhadap program-program yang disepakati.

“Jangan banyak bicara, jangan banyak mengeluh, kita fokus sajalah. Kita fokus pada program yang kita sudah sepakati,” katanya seperti yang dilaporkan MakanBola Indonesia.

Ad

Erick turut melihat jadual padat sebagai lumrah yang perlu dihadapi mana-mana penggiat bola sepak. Beliau sedar risiko yang bakal dihadapi pemain termasuk masalah kecederaan.

Ad

Pada masa sama, Erick melihat ASEAN Championship sebagai medan pendedahan terbaik buat barisan muda Tim Garuda.

Ad

“Kerana itu kan saya tidak memaksa liga berhenti, kita fokus kepada pemain muda, memang ya semua format melelahkan ya.

“Kalau kita lihat di pertandingan Eropah, mereka main di liganya, habis itu main di Liga Juara-Juara UEFA (UCL) di tengah pertandingan. Memang ya kembali saya berharap apa pun yang kita sudah jadikan program semua komitmen,” ujarnya.

Indonesia berharap dapat bangkit selepas tewas 1-0 kepada Vietnam dalam aksi ketiga Kumpulan B. Tim Garuda berharap dapat bangkit dalam aksi terakhir kumpulan menentang Filipina pada 21 Disember ini.