Erik Ten Hag Mahu Selamatkan Pemain Buangan Chelsea
Transfer
RB Leipzig
Advertisements

Selepas melihat barisan serangan Manchester United bergelut mendapatkan gol, jurulatih Belanda, Erik ten Hag bakal memburu penyerang dalam tetingkap perpindahan Januari.

Keputusan ini dibuat selepas United hanya menjaringkan 22 gol dalam 20 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini. Malah, penjaring terbanyak mereka ialah pemain tengah Scotland, Scott McTominay dengan lima gol.

Meskipun Sir Jim Ratcliffe telah melengkapkan pengambilalihan saham 25% saham United, pengambilalihan tersebut masih memerlukan kelulusan pihak berkaitan termasuk EPL.

Advertisements

Ini bakal menyukarkan ten Hag untuk berbelanja besar bagi mendapatkan penyerang yang dimahukan beliau pada Januari ini.

Pilihan alternatif bagi pengurus Belanda itu ialah meminjam pemain sehingga tamat musim 2023-2024. Antara penyerang yang dicanang ialah bekas penyerang Chelsea, Timo Werner.

Akhbar Daily Mirror melaporkan Werner bersedia menyahut cabaran mewarnai EPL selepas sebelum ini gagal menyerlah bersama Chelsea.

Advertisements

Selepas kembali ke RB Leipzig dengan yuran perpindahan £25 juta (RM147 juta), penyerang Jerman berusia 27 tahun itu gagal beraksi dengan kerap dalam kesebelasan utama.

Sekiranya perpindahan pinjaman ini berjalan lancar, Werner bakal menjadi pemain sokongan kepada penyerang muda Denmark, Rasmus Hojlund dan penyerang England, Marcus Rashford.

Dengan Jadon Sancho semakin menghampiri perpindahan pinjaman ke Borussia Dortmund, kekosongan ini akan diisi oleh penyerang Jerman itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram