Erik ten Hag Makin Hampir Kemudi Kelab Gergasi Jerman
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Bekas pengurus Manchester United, Erik ten Hag dikhabarkan bakal berkelana ke Jerman untuk musim 2025/26.

Talksport melaporkan pengurus Belanda berusia 55 tahun itu diintai Bayer Leverkusen sebagai pengganti pengurus Sepanyol, Xabi Alonso.

Ad
Sponsors

Leverkusen mahu membuat persediaan sekiranya legenda Liverpool itu memilih menerima tawaran kelab gergasi La Liga, Real Madrid.

Ad

Ini kerana Los Blancos melihat Alonso sebagai pengganti jangka panjang pengendali Itali, Carlo Ancelotti. Kedudukan Ancelotti dalam bahaya dengan Real Madrid berpotensi menamatkan musim tanpa trofi.

Ini ditambah dengan khabar angin khidmatnya menjadi rebutan kelab Arab Saudi, Al-Hilal dan Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF).

Ad

Ten Hag cukup dikenali sebagai pemenang trofi baik bersama United mahupun Ajax Amsterdam. Beliau pernah memenangi Carabao Cup, The Emirates FA Cup, Eredivisie dan KNVB Cup.

Ad

Ten Hag dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri di Jerman. Ini kerana beliau pernah menggalas peranan sebagai jurulatih skuad kedua Bayern Munich.

Ad

Seandainya Leverkusen gagal mencapai kata sepakat dengan ten Hag, beberapa nama lain dijangka menjadi tumpuan.

Antara calon pengurus Leverkusen yang lain ialah jurulatih Real Sociedad, Imanol Alguacil; jurulatih Brighton, Fabian Hurzeler dan legenda Barcelona, Xavi.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments