Erik Ten Hag: Man United Pasukan Paling Menghiburkan
EPL
Manchester United
Advertisements

Pengurus Man United, Erik ten Hag mendakwa pasukannya sebagai pasukan yang paling menghiburkan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Dakwaan ini dibuat selepas The Red Devils diikat 1-1 dengan pasukan kedua tercorot liga, Burnley di Old Trafford dalam aksi terbaru EPL semalam.

United menyangka sudah meraih gol kemenangan menerusi pemain sayap Brazil, Antony pada minit ke-79.

Advertisements

Walau bagaimanapun, tindakan Andre Onana melanggar Zeki Amdouni dalam kotak penalti dikesan pembantu pengadil video (VAR). Akibatnya, Amdouni memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dengan penalti pada minit ke-87.

Pengurus Belanda itu mendakwa pasukannya banyak mencipta peluang dalam setiap perlawanan dengan mengamalkan corak permainan yang bagus.

Advertisements

Pada masa sama, Ten Hag mengakui pertahanan pasukan itu rapuh sekaligus menyebabkan gawang United mudah dibolosi.

Beliau percaya jika diberi sedikit masa, isu ini akan dapat ditangani dan The Red Devils akan kembali menjadi pencabar liga yang digeruni.

Advertisements

“Kita pasukan paling dinamik dan menghiburkan dalam liga ketika ini. Kita mencipta banyak peluang dengan bermain bola sepak yang bagus.

“Ya, kita juga (kerap) dibolosi. Kita perlu belajar daripada perkara itu kerana tiada keperluan untuk hilang kawalan (semasa perlawanan),” katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Advertisements

Keputusan semalam menyaksikan United mengumpul 54 mata daripada 34 perlawanan, enam mata di belakang Tottenham Hotspur yang menduduki tangga keenam.

The Red Devils bakal turun menentang Crystal Palace untuk aksi liga seterusnya di Selhurst Park pada 6 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram