Bekas tonggak Liverpool, Stephen Warnock memberi andaian bahawa bekas pengendali Manchester United, Erik Ten Hag seperti sengaja minta untuk dipecat.
Ini kerana, Warnock melihat taktikal Ten Hag yang meletakkan pertahanan kanan United iaitu Noussair Mazraoui di posisi tengah menyerang iaitu posisi nombor 10.
“Apabila saya melihat Ten Hag dan pemain-pemain tidak memandang kepada beliau. Mereka tidak meminta maklumat daripadanya kerana ianya kelihatan agak ad hoc.
“Maksud saya, Mazraoui bermain dalam posisi nombor 10 malam tadi (menentang Fenerbache), apakah maksudnya? Anda meminta untuk dipecat.
“Anda yang seharusnya bermain bek kiri atau bek kanan tetapi beraksi di posisi nombor 10. Ia pelik. Itu hilang kawalan. Itu kehilangan rasa hormat terhadap bilik persalinan,” jelas Warnock kepada SkySports.
Terdahulu, Ten Hag telah dipecat oleh Manchester United selepas kekalahan mengejut kepada West Ham United di gelanggang lawan. Sebelum itu, United juga hanya mampu seri 1-1 berdepan Fenerbache di pentas UEFA Europa League.
Kini United dibimbing oleh pengendali sementara, Ruud Van Nistelrooy yang sebelum ini bertindak sebagai penolong jurulatih kepada Ten Hag.