Masa depan jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag bersama gergasi bola sepak England itu kian samar selepas kekalahan demi kekalahan direkodkan.
Selepas tewas 0-1 kepada Bayern Munich tempoh hari dan tersingkir dari pentas eropah, nama Ten Hag mula disebut-sebut akan meninggalkan posisinya sebagai jurulatih United.
Terkini, naman Ten Hag dikaitkan untuk menjadi jurulatih kelab Jerman, Borussia Dortmund. Berita itu dikongsikan oleh moderator sukan dari Norway, Jan Aage Fjørtoft.
Ini kerana Penasihat Pengurusan Dortmund, Matthias Sammer pernah melantik Ten Hag ketika di Bayern Munich dan tidak mustahil Sammer melakukannya sekali lagi.
“Khabar angin liar dari Jerman. Ten Hag dijangka akan menjadi jurulatih Dortmund. Perlu diingatkan, Sammer (penasihat Dortmund) telah melantik Ten Hag ketika di Bayern.
“Kita tunggu dan lihat pada tahun baru nanti,” coret Jan Aage Fjørtoft di laman X milik beliau.
Erik Ten Hag telah mencipta beberapa rekod buruk buat Manchester United musim ini. Antaranya ialah United tidak pernah mengakhiri kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan pengutan mata yang lebih rendah dari 5 mata.
Musim 2023/2024 sudah pasti mahu dilupakan segera oleh Ten Hag, pemain dan penyokong United selepas aksi hambar dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan juga UCL.