Ernesto Phumipha Bakal Sertai JDT?
MakanBola
Ernesto Phumipha

Pertahanan kiri pasukan BG Pathum United, Ernesto Phumipha disebut-sebut bakal menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain berusia 32 tahun itu merupakan tunjang utama buat pertahanan kelab Liga 1 Thailand itu selain kemampuan beliau yang mampu bermain pada beberapa posisi jelas menjadi aset terbaik buatnya.

Ad

Namanya kini sedang hangat diperkatakan apabila baru-baru ini, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memaklumkan bakal menandatangani seorang pertahanan kiri kelahiran Sepanyol.

Ad

Hal ini diperkuatkan lagi apabila beliau yang kini mewakili pasukan kebangsaan Thailand bakal mengisi slot pemain ASEAN seperti yang dikhabarkan oleh Baginda tempoh hari.

Bekas pemain Sporting B di Liga Sepanyol ini memiliki pengalaman yang cukup luas dalam saingan Liga 1 Thailand berkemungkinan bakal memperkuat skuad Harimau Selatan pada tahun 2023.

Ad

Perkara ini juga sudah pun disebut oleh pemerhati bola sepak, Juan Bapakaw menerusi satu hantaran di laman Twitternya.

Ad

Phumipha telah beraksi sebanyak 4 perlawanan pada musim ini dan berjaya melakukan satu bantuan gol.

Ad