Ads
Liga Super
Johor Southern Tigers

Kemenangan 1-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas PDRM semalam dilihat kemenangan berharga bagi melebarkan lagi kelebihan mereka sebagai pendahulu liga. Di sebalik semua itu, jurulatih JDT, Esteban Solari turut memuji usaha pertahanan mantap yang dipamerkan lawan mereka di Stadium MBPJ.

Advertisements

Biarpun menurunkan penjaga gol muda, Hakeem Hamidun, The Cops bermati-matian mempertahankan gawang mereka. Malah, daripada sembilan percubaan tepat ke arah gol, lapan daripadanya berjaya ditepis penjaga berusia 21 tahun itu.

Advertisements

Ini termasuk menangkap kemas bola sepakan penalti yang diambil Bergson da Silva sebelum rehat separuh masa. Jika tidak kerana gol Fernando Forestieri pada minit ke-61, Harimau Selatan mungkin pulang dari Stadium MBPJ dengan satu mata.

Advertisements

Advertisements

“Seperti saya katakan, perlawanan ini merupakan satu cabaran baru untuk kami. Kita tidak dapat kekalkan intensiti permainan. Dan dalam perlawanan hari ini, kita tiada ruang untuk bermain dan mereka bermain dengan baik dari segi pertahanan.

“Kita ada banyak peluang tetapi bila kita tidak ambil peluang tersebut, ia akan menjadi sukar. Tetapi pada akhirnya, kalau saya tak jaga pertahanan, mereka pula akan datang ke bahagian kita.

Advertisements

“Kita mendominasi perlawanan, kita mengawal perlawanan. Tetapi bila kita tidak menjaringkan gol, kita menderita. Tetapi pada akhirnya, ia satu kemenangan yang bagus dan kita berhak mendapatnya,” katanya dalam temubual pasca-perlawanan dengan Astro Arena.

Dengan kemenangan ini, JDT melebarkan kelebihan lima mata di hadapan pasukan di tempat kedua, Selangor. Ini turut menjadikan Harimau Selatan satu-satunya pasukan yang mempunyai rekod kemenangan 100% dalam Liga Super setakat ini.

Advertisements

JDT selepas ini bakal menentang Kelantan United untuk aksi Liga Super seterusnya pada 13 Mei di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram