Tular sebuah rakaman di mana beberapa penyokong Itali dicaci dan dibantai di kawasan seakan-akan berdekatan transportasi awam.
Dalam perlawanan awal pagi tadi, England tewas kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti selepas Saka, Sancho dan Rashford gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Keganasan bola sepak melibatkan pengganas (hooligan) dari England bukanlah sesuatu yang asing lagi-lagi perlawanan ini pula dilangsungkan di England.
Seorang penyokong Itali dirakam ditarik hingga jatuh seterusnya terus disepak di badan dan kepala sambil carutan. Penyokong Itali yang seakan-akan terkejut hanya mampu menahan menggunakan tangan dan mengharapkan bantuan steward yang turut gagal mengawal keadaan.