Euro 2024: 4 Gol Sepanyol Tamatkan Perjuangan Georgia
MakanBola
seleccion espanola de futbol
Sponsors

Sepanyol menepati ramalan ramai apabila berjaya menewaskan Georgia untuk melangkah ke saingan suku akhir Euro 2024 Jerman.

Luis de la Fuente mempertaruhkan pemain hebat seperti Pedri, Rodri, Fabian Ruiz dan Alvaro Morata untuk menggempur pasukan Georgia.

Ad
Sponsors

Georgia yang berada di ranking ke-74 dunia turun dengan misi besar untuk terus melakukan kejutan di pentas besar bola sepak Eropah dengan kudrat pemain seperti Kvaratskhelia dan Mikautadze.

Ad

Georgia tampil membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini apabila pertahanan Sepanyol, Robin Le Normand menjaringkan gol sendiri pada minit ke-18.

Sepanyol cuba bangkit mencari gol penyamaan dan bintang Manchester City, Rodri muncul pencetus kebangkitan La Roja apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-39 menerusi rembatan kaki kirinya.

Ad

Aksi separuh masa pertama tamat dengan kedua-dua pasukan terikat seri 1-1. Bersambung babak kedua, hanya 6 minit diperlukan Sepanyol untuk menjaringkan gol menerusi Fabian Ruiz yang menyempurnakan bola hantaran Lamine Yamal.

Ad

Lamine Yamal hampir mencetak nama selaku penjaring tetapi jaringan beliau pada minit ke-74 dibatalkan kerana ofsaid ketika Sepanyol membina serangan.

Ad

Ketika Georgia cuba mencari gol kedua, serangan pantas Sepanyol menerusi Fabian Ruiz berjaya disudahkan dengan cantik oleh Nico Williams untuk gol ketiga Sepanyol.

Dani Olmo melengkapkan kemenangan bergaya Sepanyol apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-83 menerusi bola hantaran Oyarzabal.

Keputusan 4-1 menyaksikan Sepanyol gah menewaskan Georgia untuk melangkah ke suku akhir Euro 2024 dimana Sepanyol akan berentap dengan tuan rumah, Jerman pada 6 Julai ini.