Euro 2024: Belanda Lesu Tewas Kepada Austria
MakanBola
Euro 2024
Sponsors

Aksi Euro 2024 hari ini membabitkan pertemuan antara pasukan Belanda dan Austria.

Babak pertama perlawanan menyaksikan Austria mendahului Belanda dengan keputusan 1-0. Jaringan sendiri penyerang Belanda, Donyell Malen seawal minit keenam permainan memisahkan aksi di separuh masa pertama.

Ad
Sponsors

Bersambung aksi di babak kedua permainan, perlawanan semakin rancak apabila Belanda menyamakan kedudukan pada minit ke-47 permainan. Cody Gakpo menyudahkan hantaran Xavi Simons untuk gol pertama Belanda.

Ad

Pada minit ke-59 permainan, pemain sayap Austria, Romano Schmid mencatat nama sebagai penjaring untuk gol kedua Austria. Anak buah Ralf Rangnick terus menerus menyerang sebelum pasukan Belanda kembali menyamakan kedudukan menerusi Memphis Depay.

Hasrat Belanda untuk sekurangnya mencatat satu mata berkecai apabila kapten pasukan Austria, Marcel Sabitzer menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-80 permainan.

Ad

Enam minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan, Austria mencatat kemenangan bergaya atasi Belanda dengan keputusan 3-2.

Ad

Dalam saingan Kumpulan D ketika ini, Austria mengungguli kedudukan pertama dengan enam mata dan Perancis di kedudukan kedua. Belanda di tangga ketiga dengan empat mata dan Poland di tempat terakhir dalam saingan Kumpulan D kempen Euro 2024.

Ad