Itali berjaya mengikat Croatia pada minit akhir perlawanan untuk mengiringi Sepanyol ke peringkat kalah mati kejohanan Euro 2024 selaku naib juara kumpulan B.
Croatia menurunkan kesebelasan terbaik pasukan yang dibarisi pemain seperti Luka Modric, Marcelo Brozovic, Mateo Kovacic serta Mario Pasalic dalam aksi terakhir kumpulan B.
Itali pula mempertaruhkan sistem bek bertiga yang diperkuatkan oleh Alessandro Bastoni, Matteo Darmian dan Riccardo Calafiori untuk mengekang asakan Croatia.
Itali hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-21 menerusi tandukan Retegui tetapi percubaan itu gagal menerjah gawang gol Croatia.
Giliran Bastoni memiliki peluang menerusi tandukan namun ketangkasan penjaga gol Croatia Livakovic berjaya menghalang tandukan tersebut.
Croatia turut memiliki beberapa percubaan dari luar kotak penalti tetapi Donnarumma turut cemerlang untuk mengekalkan kedudukan 0-0 hingga tamat aksi babak pertama.
VAR menghadiahkan Croatia sepakan penalti pada minit ke-51 apabila bola terkena pemain Itali, Davide Frattesi dalam kawasan kotak penalti.
Luka Modric gagal menyempurnakan penalti tetapi dalam berjaya melunaskan kegagalan tersebut apabila menjaringkan gol pada minit ke-55 permainan.
Ketika perlawanan hampir tamat, Mattia Zaccagni muncul penyelamat Itali apabila menyempurnakan bola hantaran Calafiori pada minit ke-98.
Itali menguasai 54% penguasaan bola dalam perlawanan ini berbanding Croatia dengan 46% manakala Itali berjaya melakukan 13 percubaan dan Croatia pula dengan 6 percubaan.
Itali berjaya mengikat Croatia 1-1 ketika wisel penamat ditiup menyaksikan Itali berjaya mara ke peringkat kalah mati apabila mengumpul 4 mata dalam 3 perlawanan.
Croatia pula hampir tersingkir apabila sekadar meraih 2 mata dalam 3 perlawanan dan memiliki perbezaan gol -3 ketika ini.