Perlawanan pagi ini menyaksikan aksi kumpulan B iaitu Itali yang cemas sebelum bangkit menewaskan Albania bagi saingan Euro 2024 musim ini.
Seawal 23 saat, pemain tengah Albania, Nedim Bajrami mencipta sejarah Euro 2024 apabila menjaringkan gol pertama pasukan sekaligus gol tercepat kejohanan setakat ini.
Itali tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila pertahanan kental, Alessandro Bastoni berjaya menyudahkan hantaran Pellegerini pada minit ke-11 permainan.
Selang limit minit permainan, Itali sekali lagi menggandakan jaringan kedua pasukan menerusi, Nicolo Barella dengan rembatan deras ke arah gawang gol meneaakan penjaga gol Albania, Thomas Strakosha.
Separuh masa pertama, Itali 2-1 Albania.
Separuh masa kedua berakhir tanpa jaringan, penguasaan permainanan lebih memihak kepada Itali yang memegang penguasaan 65 peratus sementara Albania 35 peratus.
Kedua dua pasukan berjaya membuat empat percubaan namun Albania gagal menyempurnkan satu peluang terbaiknya.
Enam minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, kekal dengan jaringan Itali 2-1 Albania.
Itali ketika ini berada di kedudukan kedua kumpulan B dibelakang Sepanyol dengan jumlah mata sama tapi berbeza jumlah jaringan.
Selepas ini, Itali akan bertemu Sepanyol pada 21 Jun ini bagi aksi kedua peringkat kumpulan B.