Euro 2024: Penalti Bawa Perancis Ke Separuh Akhir, Tewaskan Portugal
MakanBola
UEFA EURO 2024
Sponsors

XXX terpaksa bekerja keras menewaskan XXX menerusi penentuan sepakan penalti untuk mengesahkan kemaraan ke separuh akhir EURO 2024.

Kedua-dua pasukan berhasrat untuk mara ke separuh akhir agar dapat menamatkan kemarau kejuaraan EURO masing-masing. Kali terakhir Perancis bergelar juara ialah edisi 2000 dengan Portugal pula menerusi edisi 2016.

Ad
Sponsors

Legenda Manchester United, Cristiano Ronaldo terus mengetuai cabaran A Selecao. Sementara bintang baru Real Madrid, Kylian Mbappe menggalas cabaran skuad Les Bleus.

Separuh masa pertama menyaksikan permainan seimbang ditampilkan oleh kedua-dua pasukan dalam memburu kelebihan gol awal.

Ad

Perancis dilihat hampir memecah kebuntuan pada minit ke-22 menerusi Mbappe. Malangnya, percubaan pemain berusia 25 tahun itu berjaya disekat penjaga gol Porto, Diogo Costa.

Ad

Enam minit selepas itu, pemain sayap A.C Milan, Rafael Leao hampir menembusi gawang Les Bleus tetapi percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol, Mike Maignan.

Ad

Kedua-dua pasukan terus buntu mencipta peluang jaringan dan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Ronaldo berdepan kesukaran menembusi pertahanan Les Bleus. Ini disebabkan pertahanan Perancis sentiasa berusaha menyekat setiap hantaran yang ditujukan kepadanya.

Mbappe sekali lagi menguji Costa pada minit ke-50 tetapi percubaan bekas bintang PSG itu mudah diselamatkan penjaga gol berusia 24 tahun itu.

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes hampir meletakkan A Selecao di hadapan pada minit ke-61. Fernandes hampa apabila percubaannya dinafikan Maignan dengan percubaan susulan Joao Cancelo tidak menepati sasaran.

Jurulatih Portugal, Roberto Martinez dan jurulatih Perancis, Didier Deschamps masing-masing melakukan beberapa pertukaran pemain dengan harapan dapat mengubah momentum permainan.

Malangnya, ketumpulan barisan serangan kedua-dua pasukan memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga tamat 90 minit perlawanan. Keadaan ini memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan selama 30 minit.

Ronaldo menyangka dapat meletakkan Portugal di hadapan pada minit ke-93 tetapi rembatan liarnya langsung tidak mengenai sasaran. Sementara Mbappe pula tidak percaya apabila sepakannya disekat bek tengah veteran, Pepe pada minit ke-97.

Bek kiri PSG, Nuno Mendes hampir meraih gol kemenangan buat A Selecao pada minit ke-119 tetapi percubaan derasnya tepat ke arah Maignan. Ini menjadikan keputusan 0-0 selepas 120 minit perlawanan.

Keadaan ini menyebabkan pemenang perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti. Dua sepakan penalti awal mudah disempurnakan Portugal dan Perancis.

Malang menimp pemain tengah menyerang Atletico Madrid, Joao Felix apabila rembatannya terkena tiang. Ini memberi kelebihan kepada Perancis untuk menyempurnakan baki penalti mereka sebelum menang dengan keputusan 5-3.

Sofascore memilih Ousmane Dembele sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini dengan markah 8.2. Perancis bakal berdepan Sepanyol di peringkat separuh akhir pada awal pagi 10 Julai ini.