Perlawanan separuh akhir saingan Euro 2024 pagi ini menyaksikan Sepanyol berjaya mencipta kejutan apabila berjaya menyingkir bekas juara Dunia, Perancis.
Seawal lapan minit permainan, penyerang Perancis, Randal Kolo Mauni menjaringkan gol pembukaan pasukan selepas mudah menanduk hantaran daripada Kylian Mbappe.
Pada minit ke-21 permainan, pemain berusia 16 tahun, Yamine Yamal menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras daripada luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Perancis, Mike Maignan.
Selang empat minit, Sepanyol kembali dihadapan selepas Dani Olmo berjaya menjaringkan gol kedua pasukan menerusi rembatan deras dalam kotak penalti.
Separuh masa pertama tamat, Sepanyol 2-1 Perancis.
Jurulatih Perancis, Didier Deschamps membuat tiga pertukaran dengan mengeluarkan Adrian Rabiot, Ngolo Kante dan Randal Kolo Mauni menggantikan Camavinga, Griezman dan. Bradley Barcola.
Sehingga minit ke-90 permainan, Perancis tetap gagal menjaringkan sebarang gol. Sepanyol kekal konsisten mengunci asakan keras barisan menyerang Perancis.
Lima minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Sepanyol mara ke pusingan akhir.