Euro 2024: Sepanyol Muncul Juara Kumpulan B, Gah Tumbangkan Albania
MakanBola
Sefutbol

Perlawanan akhir peringkat kumpulan B pagi tadi menyaksikan Sepanyol berjaya menumbangkan Albania dengan keputusan 1-0.

Perlawanan bermula dengan rancak apabila kedua buah pasukan cuba menguasai permainan.

Seawal 13 minit permainan, pemain sayap Sepanyol, Ferran Torres membuka jaringan pertama pasukan selepas menerima lorongan kemas datipada Dani Olmo.

Skuad kendalian Luis Enrique sememangnya menguasai permainan dengan 60 peratus sementara Albania 40 peratus penguasaan bola.

Separuh masa pertama tamat Sepanyol 1-0 Albania

Skuad Albania pada separuh masa kedua lebih berbisa apabila berjaya membuat sembilan sepakan dan satu daripadanya ditepis oleh penjaga gol Sepanyol.

Namun, tetap gagal mendapatkan sebarang jaringan. Albania hanya mendapatkan satu sebarang percubaan tepat ke arah gawang gol sepanjang separuh masa kedua berlangsung.

Sepanyol muncul juara kumpulan B dengan sembilan mata sementara Albania pulang lebih awal kerana berjaya mendapatkan 1 mata sahaja sekaligus tercorot dalam kumpulan. 

Selepas ini, Sepanyol akan beraksi di pusingan ke-16 pada 1 Julai ini.