Euro 2024: Sepanyol ‘Titik’ Itali, Mara Ke Pusingan 16 Terbaik
MakanBola
UEFA EURO
Sponsors

Sepanyol mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik selepas membenam cabaran Itali.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Veltins Arena itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik untuk memburu 3 mata.

Ad

Anak didik Luis De La Fuente menekan seawal minit pertama permainan menerusi gerakan pantas daripada bahagian sayap kiri dan kanan.

Ad

Kekebalan benteng pertahanan pasukan telah menafikan sebarang jaringan dalam 45 minit pertama.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Ad

Bersambung babak kedua, Itali mempamerkan lebih usaha untuk mencari jaringan penyamaan.

Ad

Pasukan bimbingan Luciano Spaletti bagaimanapun tersentak apabila pertahanan muda, Riccardo Calafiori tertampan bola ke gawang sendiri.

Kelebihan itu tidak berjaya diubah oleh jentera serangan Azurri sehingga tamat permainan.

Tambahan masa 5 minit kekal dikawal sebaik mungkin oleh Sepanyol sekaligus mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terakhir selaku juara kumpulan.

Sepanyol akan bertemu Albania pada aksi terakhir Kumpulan B sementara Croatia akan menentang Itali pada 25 Jun 2024.