Dunia
Advertisements

Hasrat England membawa pulang bola sepak ke rumah tidak kesampian selepas tewas menerusi sepakan penalti kepada pasukan Itali.

England menjaringkan gol seawal minit ke-2 menerusi sepakan deras pertahanan kiri England, Luke Shawl selepas menerima hantaran kemas pemain Atletico Madrid, Kieran Trippier.

Luke Shawl England vs Italy
Luke Shawl menjaringkan gol pertama buat England seawal minit ke-2. Foto FA England

Itali memperoleh peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-35 menerusi sepakan deras Federico Chiesa namun ianya sedikit tersasar ke gawang kiri England.

Advertisements

Perlawanan berterusan dengan kedua-dua pasukan bertali arus melakukan asakan sehinggalah tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Federico Chiesa sekali lagi menguji gawang England menerusi sepakan deras ke kiri gawang England namun berjaya dinafikan Jordan Pickford.

Usaha Itali mencari gol penyamaan akhirnya kunjung tiba pada minit ke-67 menerusi sepakan Leonardo Bonucci dalam keadaan kelam kabut dalam kawasan kotak penalti England selepas satu sepakan sudut.

Advertisements
Leonardo Bonucci menyamakan kedudukan pada minit ke-67. Foto Rauters

Separuh masa ke-2 tamat dengan keputusan Itali 1-1 England dan bersambung untuk masa tambahan namun tiada tambahan gol dari kedua-dua pasukan seterusnya menuju ke sepakan penalti.

Gianluigi Donnarumma menjadi wira buat pasukan Itali selepas berjaya menepis keluar bola sepakan Bukayo Saka seterusnya memberikan kejuaraan Euro 2020 kepada pasukan Itali.

Football is Coming to Rome.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram