Exco PSSI Dedah Punca Shin Tae-yong Bakal Dipecat
MakanBola
PSSI
Sponsors

Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong dikhabarkan semakin hampir untuk dipecat dan meninggalkan tugasnya bersama Sang Garuda.

Perkara itu dikongsikan oleh salah seorang Exco Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Kairul Anwar dalam satu hantaran di laman Instagram baru-baru ini.

Ad

“Terima kasih STY (Shin Tae-yong) atas penglibatannya selama ini, kamu tetap menjadi sebahagian sejarah transformasi sepak bola Indonesia,” kongsi Kairul Anwar yang dipetik Makanbola Indonesia.

Ad

Isu pemecatan Shin Tae-yong mula bertiup kencang susulan gagalnya skuad kebangsaan Indonesia untuk lolos ke semi final Piala Mitsubishi Electric Asean bulan lalu.

Terdapat juga ura-ura yang mengatakan Indonesia sedang mencari jurulatih berkaliber dari eropah bagi menggantikan Tae-yong.

Ad

Dalam pada itu, seorang lagi Exco PSSI, Vivin Cahyani, memberi andaian bahawa pemecatan Shin Tae-yong itu adalah kerana PSSI mahu membawa Indonesia lolos ke Piala Dunia 2026.

Ad

“PSSI jelas punya target yang besar menuju ke Piala Dunia, memerlukan sokongan semua pihak untuk bertransformasi menuju ke yang lebih baik dari segala sudut.

Ad

“Untuk itu (ke Piala Dunia), kami terbuka terhadap opsyen-opsyen yang akan membuat skuad kebangsaan Indonesia mampu mendekati target utama iaitu masuk ke kejohanan Piala Dunia,” jelas Vivin.

Untuk rekod, Shin Tae-yong menyertai skuad kebangsaan Indonesia pada Januari 2020. Hasil tinjauan di laman Transfermarkt, beliau masih mempunyai baki kontrak sehingga Jun 2027.