FA Cup: Liverpool Baham Accrington Tanpa Belas
MakanBola
Liverpool FC

Liverpool berjaya menewaskan kelab divisyen keempat England, Accrington Stanley untuk melangkah ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala FA.

Arne Slot mempertaruhkan barisan pemain hebat seperti Darwin Nunez, Harvey Elliot, Diogo Jota, Trent-Alexander Arnold, Wataru Endo bersama-sama pemain muda seperti Rio Ngumoha dan Jarell Quansah.

Ad

Accrington pula menurunkan pemain seperti Tyler Walton dan Shaun Walley untuk menggempur barisan pertahanan Liverpool.

Ad

Diogo Jota membuka tirai jaringan pada minit ke-29 permainan setelah tenang menyempurnakan bola hantaran Darwin Nunez dalam kawasan kotak penalti.

Liverpool meraih gol kedua sebelum tamat babak pertama menerusi jaringan cantik daripada Trent Alexander Arnold.

Ad

Aksi babak pertama tamat dengan Liverpool mendahului Accrington Stanley 2-0 hasil haringan Jota dan Trent.

Ad

Jayden Danns menambah luka Accrington apabila berjaya menjaringkan gol ketiga Liverpool setelah menyempurnakan bola muntah daripada Chiesa pada minit ke-76.

Ad

Federico Chiesa akhirnya mencetak nama selaku penjaring apabila menyumbang gol keempat Liverpool pada penghujung perlawanan.

Liverpool menewaskan Accrington dengan jaringan 4-0 untuk melangkah ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala FA manakala Nottingham Forest akan menanti Liverpool pada 15 Januari ini untuk aksi liga.