Persatuan bola sepak Korea (FA Korea) pada semalam mengumumkan logo baru yang bakal digunakan buat pasukan bola sepak Krea Selatan.
Walaubagaimanapun majoriti peminat bola sepak Korea mencemuh perubahan tersebut kerana gaya dan penampilan logo baru kelihatan lembut dan persis kucing malu berbanding logo asal.

Sebagai perbandingan, logo lama KFA kelihatan lebih ganas dan harimau yang terlibat kelihatan lapar sebaliknya logo baru kelihatan seperti seekor kucing yang sedang tidur.

Buat masa ini KFA masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas berikutan kecaman negatif ini.