Piala Malaysia
Azri / Makanbola
Advertisements

Selepas tamat perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC semalam, beberapa insiden telah pun berlaku di antaranya adalah beberapa keputusan pengadil mula menjadi perdebatan.

Perkara tersebut telah ditekankan oleh pengendali Terengganu, Tomislav Steibrunckner yang mana beliau merasakan ada beberapa insiden kekasaran yang seharusnya dilayangkan kad kuning namun perkara tersebut tidak terjadi.

“Ada juga beberapa keadaan yang menyebabkan layangan kad sepatutnya diberikan namuj saya tidak mahu komen tentang itu kerana para pemain saya sudah memberikan segalanya,” jelas Tomislav dalam sidang media selepas perlawanan.

Advertisements

Kualiti pengadilan dari S. Logeswaran turut mengundang rasa tidak puas hati segelintir peminat bola sepak tanah air. Oleh sebab itu, akaun Faceboook Logeswaran menjadi sasaran netizen untuk meluahkan rasa amarah mereka.

logeswaran Facebook Pengadil Final Piala Malaysia Diserang
Facebook Logeswaran diserang peminat bola sepak.

Lebih 200 komen telah ditinggalkan pada muatnaik terakhir Logeswaran selain beberapa emoji marah turut kelihatan. Kata-kata cemuhan membanjiri ruangan komen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan di perlawanan akhir semalam.

Beberapa tindakan Logeswaran telah dipersoalkan terutamanya apabila tidak melayangkan kad kuning kedua kepada pemain JDT, Jordi Amat biarpun melakukan kekasaran kepada pemain Terengganu.

Advertisements

Pada aksi semalam, JDT terlebih dahulu dihadapan melalui Bergson pada minit ke-7 hasil sepakan penalti sebelum disamakan oleh Ivan Mamut pada minit ke-21 juga melalui sepakan penalti.

Feroz Baharudin kembali meletakkan JDT di hadapan melalui tandukan berbisanya pada minit ke-73 sebelum Arif Aiman mengesahkan kemenangan JDT dengan gol ketiga pada minit ke-94 melalui sepakan penalti sekali gus memberikan kemenangan selesa 3-1 buat JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram