Harimau Malaya

Facundo Garces Pulang Ke Malaysia, Selesaikan Isu Dengan FIFA

1 20251003 124113 0000 Facundo Garces Pulang Ke Malaysia, Selesaikan Isu Dengan FIFA
MALAYSIA NT
Advertisements

Pertahanan kebal Harimau Malaya, Facundo Garces pulang ke tanah air untuk selesaikan isu dengan FIFA ketika ini.

Ia berikutan isu hukuman terhadap FAM dan 7 pemain warisan negara yang dikeluarkan oleh FIFA pada 26 September lalu.

Beliau dikhabarkan sedang berada di Malaysia bagi menyelesaikan isu pemalsuan dokumen sehingga dapat menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

Menurut Jon Prada, Facundo Garces ke Malaysia untuk menyelesaikan isu berkenaan pemalsuan dokumen.

“Facundo Garces terbang ke Malaysia untuk cuba menyelesaikan kehilangan kelayakannya.

Tambah beliau, Facundo Garces turut sedang membuat rayuan selepas dihukum selama setahun untuk tidak bermain bola sepak.

“Dia berada di negara Asia untuk menyelaras dengan Persekutuan rayuan kepada FIFA terhadap larangan bermain selama setahun,” kata Jon Prada dalam satu hantaran di laman X.

Facundo Garces dan 6 pemain warisan dijangka tidak akan dipanggil bagi aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada Oktober ketika menentang pasukan Laos.