Faiq Bolkiah Dilayangkan Kad Merah Selepas Cubaan Tiru Gol Benzema
Asia Tenggara
talao_
Advertisements

Pemain terkaya dunia yang juga pemain Ratchaburi FC, Faiq Bolkiah dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua dalam aksi Liga Thai 1 menentang Khon Kaen United semalam.

Faiq dilayangkan kad kuning kedua selepas pengadil mengesan ada cubaan dari pemain Brunei itu untuk mengganggu sepakan gol dari penjaga gol Khon Kaen pada penghujung perlawanan.

Layangan kad merah itu nyata mengejutkan Faiq dan rakan sepasukannya. Perlawanan ditamatkan dengan Ratchaburi bernasib baik memenangi perlawanan dengan kemenangan tipis 1-0 menewaskan Khon Kaen.

Advertisements

Insiden kad merah yang dialami Faiq itu dilihat seolah-olah sama seperti jaringan gol bekas pemain Real Madrid, Karim Benzema yang meledak gol pendahuluan buat Real Madrid dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah 2018 menentang Liverpool.

Dalam aksi tersebut, penjaga gol Liverpool ketika itu, Loris Karius cuba membuat lontaran gol kepada rakan sepasukannya namun dihalang oleh kaki Benzema. Halangan dari Benzema itu membuatkan bola tersebut melantun ke dalam gawang Liverpool.

Gol tersebut dikira dan memberikan pendahuluan buat Real Madrid. Perlawanan akhir itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Real Madrid dengan keputusan 3-1.

Advertisements

Situasi Faiq dan juga Benzema seakan-akan sama namun sudah pasti pengadil perlawanan mempunyai pandangan yang tersendiri berkenaan kad merah yang dilayangkan kepada Faiq Bolkiah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram